Jumaat, 13 November 2015

Couple

BismillahiRRahmaaniRRahiim

Assalamualaikum
Menyusun sebuah kata buatmu wahai sahabat

SahabatseAGAMAku
Bukan kerana ingin menghukum
Jauh sekali ingin menahan hak kebebasanmu
Kerna kebebasan yg benar tatkala kita mentaati Allah..
Isu couple ni sdh begitu lama
Isunya,
Org yg beragama juga bercouple?
Couple islamik?
Bercouple dgn org yg beragama?

Namun,
Apa pandangn mereka saat memandang kau yg berjubah, yg berserban, yg bertudung labuh juga bercouple?
Mungkin hati mereka hancur berkecai
Maaf , bukan kau. Tapi kita
Satu isu lagi,
Bila org Islam yg bercouple
" eh, aku bukan buat bnda salah pun"
"Dia tu penguat aku, sbb dia lah aku kuat"
Penguat kita?
Hmm .. Kerna Allah tidak bersemi dihati
Mengaku Islam,
Namun hidup kita tak mencerminkan bahawa kita islam!
Ini lah zaman kejatuhan ummah
Anak anak muda lupa
Lalu mereka meletakkan kebahagiaan sendiri.
Mereka mementingkan kebahagiaan sendiri.
Tanpa memikirkan kebahagian ummah!
Marilah wahai teman
Sedarlah,
Cinta itu memang fitrah
Tapi tak pernah digariskan hanya buat ajnabi
Jgn smpai Allah akn persoalkan kelak
kerna cinta manusia yang begitu kita agungkan

Sahabat,
Berjubah, berkopiah, bertudung labuh, bertudung , tidak cukup untuk membuktikan yang kau benar-benar Islam.
Pada zaman kejatuhn ummah ni,
Jgn kita mengaburkan mata yg bukan islam, dgn sifat kita yg seolah-olah tak menyayangi agama
Allahu,
Rasulullah menangis buat umatnya
Bangun malam lalu mendoakan umatnya
Rasulullah menangis kerna merindui kita,umatnya
Namunbagaimana dengankita,
Adakah Rasulullah akan tersenyum gembira, melihat kita?
Ataukah tangis baginda akan menjadi lebih teresak-esak kerna umatnya yg kian lalai ?

Khamis, 16 Julai 2015

Semakin menegur Semakin dibenci, Semakin ditegur semakin keras hati’’


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم



Seusai menunaikan solat Isyak 4 rakaat dan solat sunat taubat 2 rakaat, Ainul kembali ke meja belajar untuk menelaah nota-nota grafiknya yang berwarna warni serta padat dengan isi penting. Semasa mencapai nota-nota tersebut, mata Ainul tertumpu pada laptop jenama DELL yang berwarna pink dan dihiasi dengan manik-manik jernih, menampakkan lagi keayuan pemiliknya. Lantas, tanpa sebarang kompromi, Aisyah mencapai laptop DELL tersebut dan menekan punat “On”. Tidak lain tidak bukan, Ainul memasang niat untuk menjenguk-jenguk status “hot” dalam facebook. ‘’Sementara masih ada wifi free, wajib dimanfaatkan untuk facebook sebelum mula study’’, getus Ainul dalam hatinya. Dan sememangnya, inilah rutin harian Ainul sebelum memulakan medan ulangkajinya. Hidup mahasiswa dan siswa pendidik, tidak sah jika tidak berfacebook dalam satu hari. Sedang asyik meneliti dan membaca status update dari kenalan-kenalannya di facebook, tiba-tiba hati Ainul bagaikan ditusuk-tusuk paku tajam, sehingga menyebabkan mukanya merah padam menahan marah dan sakit hati.



“Sakitnya hati aku baca status si Ustajahh gigi tebal ni. Memang sah statusnya nak sindir aku lah tu. Ni dah masuk kali ke berapa dah dia sindir aku.” Bentak Ainul..


Rakan sebiliknya, Fatimah, terus menghentikan bacaannya apabila mendengar Ainul mengomel sendirian. Fatimah menutup bukunya, dan mula bergerak menuju ke arah Ainul.


“Kenapa dengan kau ni Ainul. Main facebook pun marah-marah ke? Cuba cerita sikit..”


“Begini Fatty , aku rasa si Aina budak agama tu sindir aku kat status dia ni hah..yela…siapa tak tersindir..tadi, dia sorang je pun yang nampak aku keluar dengan Alan. Aku kan belum ada lesen, aku perlu hantar duit kat adik aku. Aku nak minta tolong kawan perempuan yang lain, masalahnya aku takut dan segan nak minta tolong dengan dorang. Lagipun, sekarang kan minggu exam.Nak bawa kau, kau pun selalu menolak ajakan aku.”


“Maaflah Ainul, aku bukan tak nak, kau faham juga kan mak bapa aku tak benarkan aku drive kat sini..kalau diorang tahu habislah aku….Hah!! cakap pasal status si Aina tu, bak sini laptop kau. Biar aku baca apa dia post”…


Muslimah sekarang, tudung dah labuh tapi Ikhtilat tak dijaga. MasyaAllah. Sepatutnya pakaian taqwa itu menjaga diri kita daripada melakukan perkara-perkara maksiat seperti berjalan berdua-duaan dalam kereta antara muslimin dan muslimat yang belum halal. Wahai Muslimah, Elakkan diri anda menjadi fitnah pada kaum Adam. Berubahlah sebelum terlambat .Semoga perkara seperti itu tidak berlaku pada diri ini dan muslimah-muslimah yang lain. Nauzubillah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa anda, kami dan kita semuanya.. Semoga Allah Redha.

#SiswaPendidik


“perghhh…sentap baca status dia ni…Kalau aku baca pun, memang aku rasa dia tujukan buat kau. Sabarlah Ainul..dia memang selalu macamni..tegur orang kat facebook, jumpa depan-depan tak berani pulak..emmm..Kalau tak silap aku, ada juga muslimah lain yang kena macam situasi kau ni. Orang yang sama. Aina juga yang sindir diorang kat facebook..’’


“Status dia tuh betul Fatty.. Segala kata nasihat dia tuh betul belaka..Aku sedar aku salah jugak..Cuma, yang aku tak puas hati, kalau aku salah, apa salahnya dia direct jumpa aku. Ini,tak. update teguran tuh kat facebook pulak..biar semua orang baca. Biar semua orang tengok dia tuh betul belaka. Maklumla budak agama. Apa dicakap semua betul…tapi perasaan orang tak difikir!!…Bila dia buat macam ni, aku makin sakit hati taw tak…!!Baru je tadi aku doa dengan Allah supaya dilembutkan hati untuk maafkan semua orang yang sakiti aku…tup..tup…si Aina buat aku marah pulak…”





*                      *                      *                      *








Sahabat- sahabat sekalian, pernahkah anda mengalami situasi seperti dalam cerita di atas? Samada kita memegang watak sebagai orang yang ditegur(Ainul), ataupun orang yang menegur (Aina)? Jikalau pernah, mari kita sama-sama bermuhasabah kembali di mana kekurangan kita dan di mana silapnya kita.


Dalam hidup, kita tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran hidup. Tidak kisahlah, ujian tersebut berat mahupun yang ringan. Setiap manusia mempunyai ujian hidup masing-masing meskipun manusia tersebut adalah manusia yang hebat dan sempurna, seperti Rasulullah s.a.w. Meskipun rasulullah adalah kekasih Allah dan contoh sebaik-baik umat, tetap juga diberikan ujian dengan berhadapan dengan umatnya yang bermacam ragam. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Orang yang berilmu akan diuji dengan sifat riak dan ujub, orang-orang kaya akan diuji dengan masalah-masalah rumahtangga, begitu juga dengan para pendakwah, yang akan diuji dengan mad’u-mad’u yang kadangkala menolak ajaran yang dibawa. Namun, apabila menghadapi masalah-masalah sehingga menyebabkan kita dalam kebuntuan dan tersungkur rebah, kita disarankan untuk kembali pada ajaran Allah dan Rasul-Nya.


Berbalik kepada tajuk entri ini, “Semakin menegur semakin dibenci, semakin ditegur semakin keras hati” ianya sangat berkait rapat dengan kita sebagai seorang pendakwah dan orang-orang yang didakwah. Kadangkala, kita yang tahu agama turut melakukan banyak kesilapan terutamanya dalam bab-bab menegur orang lain. Dewasa kini, kita boleh lihat bagaimana pengaruh teknologi mampu mendorong kita melakukan sesuatu yang hakikatnya salah akan tetapi selalu nampak benar di mata kita. Sebagai contoh situasi di atas, yang mana insan-insan yang tahu agama menegur orang lain dengan menggunakan Facebook namun tidak bersemuka dengan orang yang hendak ditegur. Apa yang dikatakan dalam status tersebut, adalah benar cuma apa yang salah ialah cara menegur. Penulis tertarik dengan kata-kata daripada seorang pendidik, penulis dan blogger yang hebat iaitu Ustazah Siti Khadijah.


” Benar, kadangkala kesilapan kita dalam menegur perbuatan buruk seseorang lebih kepada ruang terbuka seperti di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad saw mengajar, teguran harus terus dinyatakan kepada si pelaku kesalahan, bukan diumumkan di ruang terbuka atau juga melalui perantaraan.”


Bagi penulis, kata-kata di atas sangat benar dan merupakan satu tamparan hebat kepada penulis sendiri yang seringkali melakukan perkara yang sama. Sememangnya, kita kini hidup dalam zaman yang serba canggih, dan tidak siapa mahu ketinggalan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan seperti facebook, twitter, Wechat, dan whatsapp sebagai medan dakwah sesuai dengan peredaran zaman. Namun hakikatnya, kemudahan-kemudahan seperti ini hanyalah sesuai untuk menyampaikan pesanan-pesanan dan teguran-teguran yang berbentuk umum kepada semua orang dan membawa manfaat kepada orang lain yang membacanya. Tidak pula dikhaskan kepada orang yang ingin ditegur semata-mata. Sekiranya kita mengetahui sesuatu kesalahan orang lain, dan orang tersebut sedia maklum bahawa  kita mengetahui kesalahan mereka, usahlah menulis sesuatu yang sememangnya ditujukan khas buat mereka sehingga mereka rasa tersindir dan sakit hati. Untuk mengelakkan mereka sakit hati, adalah lebih molek jika kita menegur mereka secara talaqqi atau bersemuka atau face to face dan bukan menegur secara face book.

Mari kita contohi cara Rasulullah dalam menyampaikan teguran. Sebelum itu, mungkin ramai yang berfikiran bahawa cara rasulullah menyampaikan dakwah dan teguran adalah kolot dan tidak sesuai dengan zaman generasi Y yang kita alami kini. Sahabat sekalian, mari kita renung dan buka minda sejenak. Sekiranya Rasulullah masih hidup kini, dan Rasulullah menggunakan teknologi-teknologi yang ada untuk menegur Umat Islam yang melakukan kesalahan tanpa bersemuka, adakah selesai kemaslahatan Ummah? Adakah Umat-Umat Islam akan membaca apa yang di tulis oleh Rasulullah dalam status mengikut nada Rasulullah? Ataupun membacanya dengan nada sendiri yang disertakan dengan emosi dan mengundang penyakit hati? Fikir-fikirkan…

Disebabkan itulah hikmahnya Rasulullah bersama umat-umat terdahulu yang tidak ada teknologi komunikasi yang canggih seperti kita sekarang. Rasulullah hendak ajar dan tunjukkan kepada kita bahawa, dalam menyampaikan sesuatu teguran itu,perlunya kita bersemuka dengan orang tersebut dan menegur menggunakan kata-kata yang tidak menyakiti hati orang yang ditegur. Bila bersemuka, kita boleh dengar nada dan boleh lihat emosi sebenar orang yang menegur kita. Kasih sayang kadangkala boleh dilihat melalui isyarat anggota badan. Dari kedipan mata, dari raut wajah, malahan sentuhan. Bila bersemuka, kita boleh berbincang baik-baik, bertanyakan masalah yang dialami, dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Maknanya orang yang menegur dapat memahami situasi sebenar orang yang ditegur, dan tidak menghukum kesalahan secara membabi buta sahaja. Berbeza apabila kita menzahirkan teguran tersebut dalam penulisan dan tanpa bersua muka. Mungkin saja orang yang membaca, membacanya dengan nada yang tidak betul kerana dia tidak melihat reaksi sebenar kita apabila menegur. Dan mungkin sahaja orang yang menegur terus menghukum kesalahan kerana tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. Ya, sememangnya ada yang boleh menerima cara itu, tidak kurang juga ada yang tidak dapat menerima. Begitu juga dengan teguran. Ada teguran yang menyembuhkan, ada juga teguran yang tambah menyakitkan. Kita pilih yang mana.

Kita kena ingat, tugas kita sebagai hamba bukanlah untuk menghukum kesalahan orang lain, akan tetapi Allah membenarkan kita menjadi wasilah untuk membetulkan kesalahan. Tapi membetulkan dengan cara yang betul. Oleh itu, jangan takbur dengan tugas yang Allah berikan sehingga kita sendiri menjadi penghukum. Ingat, Hanya Allah sahaja yang layak menilai hatta menghukum.


Mari lihat bagaimana rasulullah menegur seseorang…

Asma binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat di mana Rasulullah sedang berada, waktu itu Asma memakai pakaian yang nipis. Rasulullah pun memalingkan mukanya daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita itu apabila dia sudah cukup umur, maka dia tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini," sambil beliau menunjukkan bahagian wajah dan telapak tangannya.


Huraian mengenai cara Rasulullah menegur ini boleh dibaca dalam blog ini Ustazah siti Khadijah



Ayuh para sahabat sahabiah sekalian. Bersama-sama kita betulkan kesilapan kita. Bersama kita mencontohi  akhlak terpuji Rasulullah s.a.w. Mari kita berubah menjadi pendakwah yang peka, dan sentiasa memperbaiki kesilapan. Usahlah kita menjadi pendakwah yang apabila menegur semakin dibenci, dan orang yang ditegur semakin keras hati. Semua itu bersebab, boleh jadi dari kesilapan kita sendiri. Usah termakan dengan kata-kata yang seringkali menjadi penyedap hati para pendakwah sehingga enggan untuk menilai diri sendiri dan lupa untuk membetulkan kesilapan diri.


“Biasalah…bila bergelar pendakwah mesti akan dibenci orang..mesti akan melalui ujian berat. Sedangkan Rasulullah sendiri dibenci, inikan pula kita”.


Kata-kata di atas memang benar, akan tetapi kita kaji dahulu, kita dibenci sebab apa, dakwah kita tidak diterima disebabkan apa. Rasulullah dibenci bukan disebabkan oleh cara ataupun akhlak rasulullah itu buruk, akan tetapi sirah Rasulullah sudah membuktikan bahawa Rasulullah dibenci disebabkan oleh umat-umat yang jahil dan sangat fanatik dengan budaya mereka. Akan tetapi, apabila mereka keluar dari kejahilan, mereka segera mengasihi Rasulullah dan mencontohi akhlak Rasulullah. Berbeza dengan kita sekarang, orang-orang yang kita dakwah kadangkala bukan dalam kalangan yang jahil agama, Cuma lalai dalam soal agama. Oleh itu, kita perlu berdakwah dan menegur secara hikmah dan jangan jadikan diri kita jahil dengan tidak mencontohi dan menghayati akhlak dan sirah Rasulullah.


Sahabat, adakalanya kita sudah bermuhasabah dan memperbaiki kesilapan namun masih dibenci oleh sesetengah individu. Mungkin “dibenci” seperti ini, sememangnya ujian daripada Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita. Adakalanya juga, kita sememangnya dibenci disebabkan sikap dan cara kita menyampaikan dakwah mahupun teguran kepada orang lain. Oleh itu, bersama-sama kita koreksi diri ke arah lebih baik. Sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa ada hikmah selepasnya. Percayalah,janji Allah itu pasti.
#cpblogalmarhumakhisyazwan

Jumaat, 24 April 2015

Roh agama

Bismillah Alhamdulillah
Copy paste dari blog sahabat ..
Jemput baca..

~Roh Agama~

Roh ialah asbab kehidupan. Sesuatu yang tiada roh, adalah mati. Manakala jika jasad wujud bergerak, tapi tanpa roh pula adalah umpama mayat hidup.
Di alam ini, terdapat terlampau ramai mayat hidup. Wujud mereka benar, gerakan jasad mereka benar, tapi rohnya tiada.
Aku bukan orang soleh, aku ini munafik tegar, aku lebih hina dari anjing kurap, apatah lagi nak mendekati makam kewalian. Tapi aku sangat cintakan orang soleh yakni orang yang hidup jasad dan rohnya, bukan orang "soleh" yang hanya hidup jasad tanpa roh. Dan dengan izin Allah, aku dapat rasakan dalam lubuk hatiku siapa yang punya roh atau mati rohnya. Itu bukan satu kelebihan, bukan satu keanehan, bukan nak menyatakan diriku istimewa, kerana ia dapat dirasai oleh semua kaum muslimin. Cuma penelitian tanpa sangka buruk yang membezakan. Kerana penelitian dengan sangka buruk itu adalah tanda kita ini ahli neraka yang pasti.
Hari ini, umat Islam hidup tanpa roh. Umpama patung harimau, kisah tentang kehebatannya sangat mahsyur, digeruni dan disegani kawan dan lawan zaman berzaman. Tapi sayang sejuta kali sayang, ia cuma tinggal patung yang tidak ditakuti walau oleh seekor tikus.
Tanda-tanda roh agama wujud dalam diri, perbuatan dan perkataan seseorang itu telah pun dinyatakan baginda tercinta. Apabila orang punya roh dilihat, akan buat kita ingat Allah. Apabila dia bercakap, akan buat kita ingat Allah walaupun perkataannya pendek dan ringkas. Bahkan hanya dengan senyuman dan gerak gerinya, akan buat kita ingat Allah. Membaca tulisannya, buat kita terpaku, terasa penuh nur dan roh sehingga terasa lazat di lubuk jantung dan akan buat kita terus ingat Allah walaupun tulisan itu panjang, tidak akan buat kita jemu. Seperti membaca al-quran dan hadith, walaupun berjuta kali diulang sejak kecil surah yang sama, hadith yang sama, tidak terdetik pun rasa jemu atau rasa "tidak perlu" kepadanya.
Orang yang hidup rohnya, maka yang melihat, mendengar dan membaca akan dia pasti akan terasa sejenis kekenyangan walaupun perutnya berada dalam hakikat kelaparan.
Itulah kekenyangan jiwa.
Roh dihidupkan dengan makanan. Dan kita perlukan 2 makanan untuk jadi asbab kehidupan. Yang pertama ialah makanan jasad yang halal dan toyyib supaya jasad mampu tegak dan berfungsi.
Manakala yang kedua ialah makanan kerohanian iaitu tazkiyyah nafs (penyucian hati) melalui riadah dan latihan kerohanian serta penjagaan nafsu, kebersihan hati dan juga sedekah dari ahli rohani (orang yang mempunyai roh) melalui sohbat (perdampingan) orang yang "lapar" kepadanya.
Hari ini, semua orang sibuk dengan makanan jasadi. Sibuk fikir tentang perut. Sibuk fikir apa nak makan dan sibuk dengan rezeki perut dan sibuk menyalahkan ini dan itu apabila hasil perut mereka diganggu sedangkan mereka tahu rezeki itu hak milik mutlak Allah.
Manakala jiwa dan dalaman mereka pula, tidak diberi makan kecuali sedikit. Maka sedikit makan, hidup jiwanya lemah dan kurus kering. Yang bagi makan banyak, jiwanya akan gemuk dan kenyang. Yang langsung tak beri makan, jiwanya akan mati dan membusuk dipenuhi lalat dan ulat sehinggakan syaitan pun tidak mahu dekatinya. Nasihat pula dibalas dengan marah dan nafsu.
Yang lebih hina dan bodoh pula ialah apabila wujud kumpulan syaitan bertopeng "manusia soleh" yang sibuk siang malam mereka menghalang umat Islam dari menyantap makanan kerohanian dengan menggunakan pelbagai dalil agama dan nama "quran dan sunnah" yang diputar belit sehingga mereka digelar sebagai "anjing neraka", wal'iyazubillah semoga diriku dan keluargaku selamat dari fitnah mereka.
Maka hilanglah kekuatan umat Islam.
Islam hanya tinggal gambar, seperti harimau hanya tinggal patung.
Aku telah berjumpa dengan ramai orang soleh yang sebenar (hidup roh jasadi dan rohani mereka) dan telah mengambil banyak manfaat daripada mereka. Setiap kali mereka berkata, bergerak, menulis, pasti membuat jiwaku kenyang walaupun apa yang dikatakan dan ditulis itu adalah perkara yang sangat biasa.
Aku teringat ketika berada dalam majlis seorang wali Allah yang merupakan guruku, iaitu khalifah tareqat Chistiyyah kepada Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi rahimahullah yang bernama Maulana Ibrahim Mia rahimahullah pada bulan Ramadhan, ketika beliau sedang beriktikaf dan aku dapat rasakan bahang aura rohaninya sangat tinggi sehingga buatku rasa seperti dibakar kerana jiwaku yang lemah dan tidak mampu menampung kerohanian yang melimpah-limpah itu.
Aku ingat beliau hanya berkata: "Neraka itu sangat panas."
Dan perkataan itu masuk tepat ke hatiku sehingga buatku menangis semahu-mahunya sampai tersungkur di atas lantai tak mampu berdiri, seluruh tubuhku tidak berfungsi dan aku sangkakan aku akan mati kerana terasa seperti urat jantungku akan putus.
Melihat keadaan itu, beliau berkata pula: "Allah sangat sayangkan hambaNya."
Aku terus berasa sejuk (dengan izin Allah) dan lazat seolah-olah seperti dipeluk erat dengan penuh kasih sayang, jantung urat yang menegang kembali kendur, aku tetap menangis teresak-esak, tapi dalam senyuman. Dan tangisan yang hampir membunuhku itu berubah menjadi sebuah tangisan manja.
Sejak dari itu, aku mula fahami (dengan izin Allah) perbezaan orang yang mempunyai roh dan tiada roh walaupun orang memanggilnya dengan panggilan syaikh, tuan guru, ustaz, maulana, mufti, doktor phd dan lain-lain gelaran.
Ia bukan kelebihan. Ia bukan karomah. Ia bukan keistimewaan. Jagalah hatimu! Dari menganggap aku riak, sum'ah atau takabur. Kerana perasaan merasakan roh wujud atau tidak itu boleh dirasai oleh sesiapa sahaja! Hanya penelitian (tanpa sangka buruk) yang membezakan. Jika kalian peduli dan ambil perhatian, nur itu akan masuk dan menyembelih jiwamu juga.
Apabila aku membaca tulisan keagamaan atau mendengar perkataan agama dari orang yang tiada roh. Aku rasakan ia kosong walaupun yang dikatakan itu sangat hebat, tinggi ilmunya, tinggi perbahasannya. Aku tidak merasakan lazat.
Mungkin juga salah jiwaku yang terlampau "memilih makanan" sepertimana makanan harian kita yang selalu kita pilih mengikut kesukaan nafsu kita. Sedangkan makan nasi putih kosong sahaja sudah boleh buat kita kenyang.
Tapi, lazatnya TIADA.
Jadi perkataan-perkataan agama dari orang fasik, orang munafik, orang tiada roh, akan tetap mengenyangkan walaupun mengambil sedikit masa kerana setiap sesuatu dari agama itu adalah makanan roh. Tapi disebabkan penyampainya tiada roh, maka ia umpama nasi putih kosong. Dimakan tidak nikmat, tapi tetap jadi asbab kekenyangan.
Aku baru pulang dari sebuah majlis yang penuh kerohanian di KL. Diisi oleh wali-wali Allah dari tanah Hind. Cerita dan kata-kata mereka SANGAT BIASA, tetapi tatkala aku mendengarnya, air mata mengalir dan urat jantung terasa tegang seperti yang berlaku ketika aku bersama guruku.
Mereka bercerita tentang kisah dan hadith yang sangat selalu didengari, tapi apabila dengar dari orang lain, aku rasa biasa. Tapi jika mereka yang ungkapkan, aku terus terasa seperti ditikam-tikam hebat.
Begitu juga tatkala membaca penulisan samada di buku, majalah, blog atau fb.
Walaupun tulisannya hebat menggunung. Tapi aku belum jumpa penulisan yang berjaya menggenggam hatiku, bahkan disentuh pun tidak. Jauh sekali untuk merasa lazat.
Kecuali beberapa tulisan, yang mungkin ketika ia ditulis, orang itu sedang menjaga amalnya, niatnya disucikan, berjuzuk quran dibaca, zikirnya melangit, matanya dijaga, lidahnya terpelihara, fikirnya sedang tumpu pada kubur. Maka hatiku akan terasa seperti digaru-garu oleh tulisannya.
Inilah ahli rohani, yang dibenci Dajjal. Inilah ahli rohani, yang kita terasa rindu apabila berjauhan dengannya, terasa rindu apabila tiada tulisan daripadanya, terasa rindu apabila tidak mendengar bicaranya.
Yang berusaha untuk dihapuskan Dajjal. Dengan pelbagai proksi dan ejen bahkan dari kalangan kaum muslimin sendiri.
Kerana mereka ini akan menggegar bumi. Akan hancurkan empayar Iblis. Dan kembalikan khalifah serta mengembalikan keadilan secara hakiki. Bukan keadilan yang munafik.
Tanda lain seseorang itu ahli rohani yang benar, apabila dia bercakap, kita terasa cinta. Apabila melihatnya, kita terasa cinta. Apabila bersamanya, orang ramai akan saling mencintai. Pendek kata, cinta akan disebarkan apabila mereka wujud.
Manakala orang-orang batil yang menjadi ahli rohani syaitan, apabila dia bercakap, menulis dan hadir, akan menyemarakkan kebencian. Akan membuat masyarakat pecah belah. Akan menyebabkan orang benci. Pendek kata, kebencian dan permusuhan akan tersebar apabila mereka muncul.
Orang yang menjaga keikhlasan, menjaga hati, hatinya bersih, amalnya dijaga, qurannya dijaga, zikirnya dijaga. Mereka inilah pembawa nur rohani. Kata-kata mereka akan memberi kesan walaupun sedikit dan walaupun yang diucapkan itu perkara biasa. Orang ramai akan terislah jiwanya kerananya.
Tapi sekiranya seseorang itu menjaga amalnya, zikirnya, qurannya, solatnya, matanya dan lain-lain, tetapi hatinya masih busuk, masih takabur, masih riak, masih sum'ah, masih suka sangka buruk, masih tidak qanaah, masih tidak sunyi dari cinta dunia, tidak zuhud, membenci muslimin lain dan sebagainya. Kata-kata mereka akan tetap mengeluarkan nur rohani dan akan memberi kesan kepada pendengar. Namun, orang itu tidak dikira sebagai ahli rohani haq, bahkan nabi mengisyaratkan orang itu akan ke neraka kerana orang itu hanya sibuk mengislah orang lain, tapi tidak islah diri sendiri.
Note: Roh jiwa itu seperti makanan harian kita. Bila makan, akan kenyang, tapi bila lama tak makan, ia akan kembali lapar. Sebab itulah kewarakan, kesolehan, dan semangat keagamaan itu selalunya tidak bertahan lama. Bersemangat seminggu, kemudian tersungkur kembali. Futur kembali.
Oleh kerana itulah kita perlu usahakan kerohanian kita SETIAP HARI DAN KETIKA. Perlu bersohbat dengan ahli rohani sekurang-kurangnya sebulan sekali. Perlu berada dalam majlis rohani setiap hari. Perlu kepada latihan rohani, setiap saat.
Kerana semua ini adalah makanan jiwa kita yang akan kelaparan apabila kehabisan makanan.
Post ini diambil daripada Syaikh Zakuan Faiz @ Ibnu Batoota Owsem

Rabu, 15 April 2015

Ikhtilat

BismillahiRRahmaaniRRahiim

Hajat
1.  Mengajar dan belajar daripada seseorang, Ikhtilat antara penyampai dan penerima Ilmu. Contohnya seperti antara student dan guru-guru di sekolah ataupun antara student dengan pensyarah di Universiti.
2.  Urusan kerja. Ikhtilat antara rakan sepejabat, boss, majikan dan mana-mana manusia yang perlu kita berurusan atas alasan kerja.
3.   Urusan mustahak. Seperti dalam group perbincangan persatuan ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh Ikhtilat.
4.   dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal manusia yang normal.


Dharurat
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah, contohnya seperti ada manusia yang lemas di tengah lautan luas. Takkan la nak tengok orang lemas itu sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat. No no no. Dalam mana-mana keadaan darurat seperti itu, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya. Bolehlah Ikhtilat!

Conclusion: Ikhtilat dengan adanya Hajat & Dharurat. Boleh ajaa!


Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat 
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.


Tiket Hajat.
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.
Tapi bukan bermakna boleh duduk rapat2... Dengan alasan sebab belajar. Berdiri pun rapat2 alasannya sebab ingin berbincang. ITU jelas salah. Cuba fahami konsep.
Kalau sudah dalam situasi tersebut cuba lari daripadanya.
Tak pun jauhkan sedikit jarak antara ajnabi.
Ingat! Ada Allah yg Maha Memerhati!!!


Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.


Bagaimana pula sekiranya interaction antara ajnabi itu seperti...
1. Borak kosong.
2. Mesej saja-saja. Tanya:  dah makan belum? dah mandi belum?
3. Chatting tanya khabar. Tanya khabar kawan lama tak jumpa. Macam jejak kasih la ni


Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, jika tiada hajat dan darurat maka tidak boleh. Bagaimana pula dengan beberapa situasi ala-ala di atas itu? Hajat tiada, darurat apatah lagi!

Dan anda wahai muslimat tak perlu bila nak chat dgn muslimin . siap letak smiley:)
dan yang sama waktu dengannya.
Itu salah satu cabang ikhtilat.
Bukan sombong tapi sebab kita takut pada Allah.
Mesej-mesej, borak kosong dan apa-apa sahaja interaction ala-ala sebegitu actually something yang tiada matlamat. Takut tersalah niatnya.


Study the equation below:
Tiada matlamat = Lagha
Lagha = Makruh
Apa-apa benda yang tiada matlamat, maka itulah lagha. Hukum lagha ialah makruh. Andai anda melakukan perkara-perkara lagha tersebut, maka anda akan dijatuhkan hukuman atas Akta Ikhtilat(1) iaitu Makruh. Amboih ada akta-akta bagai! Sebenarnya kamu tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "makruh" yang sebenarnya?


Makruh bermaksud kamu tidak mendapat pahala dan juga dosa jika melakukan perkara tersebut. Perbuatan tersebut tidak mencapai taraf haram.


"Yeayy boleh nak berborak kosong, bergosip-gasap, berchat-chatting. Makruh je pung!"


Boleh tu boleh. Tak dapat dosa pung. Hukumnya makruh je pung. Buat apa nak kabut. Keep calm and relax tak payah sangat jaga Ikhtilat. Jom la kita berborak kosong, lagha-lagha dengan ajnabi berjemaah! Jom!

Namun harus juga difikirkan, makruh bermaksud perbuatan dibenci Allah. Nak ke buat benda dibenci Allah beb? Adakah kita nak cari kebencian Allah?

Kita hidup kat bumi Allah ni nak cari keredhaanNya. Mencari keredhaan Allah sebanyak boleh. Kita nak membina timbunan pahala dengan setinggi-tingginya. Apakah kamu nak Allah benci kamu? Err
Bagi saya tak perlulah ye. Jagalah Ikhtilat tu dengan sebaik-baik jagaan.
"Alaaa. Katanya makruh je, tak dapat pahala, tak dapat dosa. Saya nak jugak lagha-lagha borak kosong!"
Memang la makruh je. Namun harus kamu sedar bahawa terama-amat mudah untuk hukum makruh tadi menjadi haram!
Macam mana tu?


Makruh menjadi Haram apabila adanya Zina Hati.

Makruh + Zina Hati --->  Haram
Zina Hati. Zina hati itu macam mana?


Zina Hati
Equation mudah macam ni laa:Zina Hati = Ada Syahwat
Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seorang ajnabi.
Contohnya seperti:
1. membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan ajnabi bukan mahram hukumnya HARAM
2. membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks dengan ajnabi bukan mahram.


Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.


Cepat-cepat Istighfar apabila kita Zina Hati!
Aiwah. rasanya pasal Ikhtilat ni dah well-explained. 360 darjah kefahaman inshaaAllah. Kita buat revision deh? Maka dapatlah kita fahami bahawa:


Ikhtilat 
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.


Ikhtilat Haram

Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.


Tiket Hajat

Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.


Tiket Dharurat

Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.


Tiada Tiket Hajat & Dharurat

Bermaksud tiada hajat dalam pergaulan, tiada dharurat dalam pergaulan. Hukumnya Makruh


Makruh

Perkara yang dibenci oleh Allah!


Transformasi Makruh

Teramat-amat mudah berlakunya transformasi Makruh kepada Haram apabila adanya Zina Hati.


Zina Hati

Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram!



nnya itu dengan berkata: 

Selasa, 14 April 2015

Surat cinta ayah buat kaum adam


BismillahiRRahmaaniRRahiim
Assalamu'alaikum anakku wahai pejuang agama Allah..

Ayah berdoa kepada ilahi semoga engkau wahai anakku
Tetap teguh di jalannya...
Biarkan mereka yang meninggalkanmu
Biarkan mereka yang melupakanmu
Usah dihirau pujian manusia.
Berjalanlah engkau wahai anakku
Berjalanlah dalam kegelapan dunia ini dengan cahaya iman..suluh hidupmu dengan keindahan tawakkal kepadanya..
Teruskan perjalananmu
dalam keperitanmu menghadap ujian dariNYA


Nak...
Apa khabarmu hari ini anakku?
Mengapa ayah melihat ada kabut di wajahmu?
Peristiwa apa yang menjadikan hatimu gundah?
Adakah engkau melihat langit Sudah runtuh?
Ataukah engkau melihat gunung meletu dan akan menghempap dirimu?

Nak..
Engkau masih ingat bukan penderitaan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat yang diseksa oleh puak Quraisy yang ganas?
Bilal yang dihimpit batu di tengah padang pasir panas.Atau khabab bin Arth yang diheret di atas bara? Atau keluarga Ammar yang mati dibunuh Abu Jahal?
Adakah mereka bersedih seperti dirimu hari ini? Tidak, nak tidak! Tidak! Justeru mereka mencatat bahawa mereka adalah manusia-manusia yang paling bahagia. Mengapa? Sebab mereka mengetahui dengan yakin bahawa semua penderitaan hidup INI Sudan tertulis dalam catatan takdir Allah lima puluh ribu tahun yang sebelum Allah menciptakan apa pun di tengah alam semestaini. Maka malang tak dapat dielak,untung takdapat diraih... Jika takdir sudah berbicara.

Sebab mereka juga mengetahui bahawa orang beriman yang diuji Allah dalam penderitaan sebenarnya sedang diuji cintanya kepada Allah SWT..
Peristiwa buruk yang berlaku dalam hidup mereka bukan kerana Allah murka kepada mereka. Justeru kerana Allah sangat menyayangi mereka. Justeru saat menghadapi kesusahan hidup mereka sedang menapaki langkah menuju syurga dan redha Allah SWT.
Nak..masih ingatkah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Ahu Bakar yang menangis dalam sedih dan takut saat pencari jejak Quraisy hampir menemui persembunyian gua Tsur saat hijrah? "Laa tahzan Innallaha ma'ana.." Itulah yang dibisikkan Rasulullah ke telinga Abu Bakar. Ertinya: Jangan bersedih sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama Kita.
Ya.. Apa lagi yang ditakutkan jika Allah benar-benar bersama kita? Apa lagi yang harus dicemaskan jika Allah ada di sisi Kita.
Perasaan Ma'iyyatullah(berasa bersama Allah) adalah perasaan yang telah lama lenyap dari hati seorang mukmin.

Akibatnya...
Meskipun kaya berharta hati mereka berasa sangat miskin.
Meskipun kuat berkuasa
..hati mereka berasa sangat lemah. Meskipun berada dalam benteng yang dijaga ribuan tentera...Hati mereka berasa takut dan tercekik dalam berbagai ugutan dan ancaman.

Sebaliknya jika Ma'iyyatullah muncul di hati manusia. Maka dia akan berasa sangat kaya meskipun tidak berharta ,sangat kuat meskipun tidak berkuasa dan sangat tenang Dan tenteram meskipun berhadapan dengan ribuan musuh.
Sejarah mencatat bahawa perasaan tenang Dan aman kerap menjadikan ramai para Sahabat tertidur dengan nyenyak di tengah medan pertempuran saat menunggu serangan musuh.

Wahai anakku,
Jadikanlah hatimu seluas samudera ..ribuan tan setiap hari manusia melemparkan sampah ke dalamnya..namun ia tetap hening dan biru.. atau jadikan hatimu sekuat langit. Sesak dada langit menyaksikan kederhakaan perangai manusia di atas muka bumi setiap hair. Namun ia tetap sabar, hening tak bergeming.
Dan semua itu nak..
Dapat engkau capai jika engkau menambah kesolehanmu dalam menyembah Allah. menyembah Allah sepenuh hati...tunduk dan patuh kepada kehendak Allah. Sehingga akhirnya Allah mencintaimu.. Jika Allah mencintaimu maka Allah akan perintahkan seluruh alam semesta untuk mencintaimu dan menjagamu. Dan saat itu terjadi, seluruh kehidupan ini akan berubah menjadi taman kebahagiaan untuk dirimu...

Salam sayang daripada,
Ayahandamu

Isnin, 13 April 2015

Surat cinta untuk Rasulullah


Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaika ya Rasulullah

Sekudus surat cinta untukmu
Izinkanlah aku ya Rasulullah mengadun tinta untuk merungkai 1001 kata hatiku dan ketidaksempurnaan imanku.
Meski engkau tidak membacanya namun inilah tanda betapa aku mencintaimu agar mampu untuk aku mencurahkan rasa yang penuh kerinduan ini padamu...
Seiring selawat dan salam yang selalu tercurah kepadamu. Ku titipkan surat ini hanya untukmu.

Ya Rasulullah
Sungguh mata ini tidak dapat membendung air mata yang kian menitis. Jantungku berdegup kencang, hatiku bergetar hebat dan tubuhku rasanya ingin rebah saat menulis namamu.

Layakkah aku yang hina ini menulis sekudus surat pada orang mulia yang zahirnya dan batinnya penuh kasih sayang sepertimu?

Ya Rasulullah
Saat kesusahan, kedukaan dan keperitan menjengahku. Entah mengapa hati ini kurasakan bergetar yang sedikit demi sedikit mengajak aku mengingatimu. Melewati kembali saat-saat keperitan yang pernah dirimu lalui.
Sungguh! Keperitan itu jauh lebih menderita berbanding ujianku walhal engkau kekasih ALLAH. Sungguh aku malu ya Rasulullah
Aku hanya umatmu yang hidupnya tidak ada kerlipan dan cahaya iman yang membuat insan sentiasa damai dan tenang..

Ya Rasulullah
Aku terlalu merinduimu dari segenap waktu dan hidupku. Selalu hati ini berbicara semoga aku dapat bertemu denganmu sebagaimana mereka yang telah bertemu denganmu..
Aku ingin sekali berbicara denganmu. Bercerita denganmu mengenai keadaan umatmu saat ini, detik ini sejauh mana yang aku tahu...

Ya Rasulullah
Bila akhirnya dirimu memang tidak mahu menemuiku di alam mimpi......
ikhlaskanlah aku untuk mampu menemuimu di akhirat nanti. Aku ingin sekali memohon pertolonganmu untuk menyelamatkan diriku dan semua orang-orang yang aku sayang dan cinta dari seksa azab Allah yang Maha Pedih serta memohonkan ampunan pada Allah dengan cintamu

Maafkanlah aku ya Rasulullah
Yang belum pernah dapat menjadi umatlu yamg dapat membuatmu tersenyum bahagia yang mengamalkan sunnahmu dengan penuh kesungguhan dengan segenap pengorbanan dan perjuangan
Yang dapat membuatmu lapang dan air matamu mengalir bahagia kerana umatmu yang serba berdosa ini
Tetapi akan aku berusaha seterdaya mungkin ya Rasulullah, juga seperit mungkin dan sepedih mungkin kerana aku yakin bukanlah
Jarak, masa mahupun pertemuan yang dapat membuahkan benih cinta suci.
Tetapi pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasihmu diukur pada hati dan dibuktikan dengan kerendahan hati mengamalkan sunnahmu

Ya Rasulullah
Untuk terakhir kalinya
Izinkanlah sanubariku dipenuhi rasa rinduku sekadar sekelumit ini agar dapat aku tingkatkan imanku dengan sunnahmu.
Meski terkadang dan kerap aku lalai dengan kewajibanku.

Izinkanlah aku untuk mengungkap satu kata ikhlas lahir daripada hati kecilku ini bahawa
Aku benar..benar..
sungguh.. Sungguh..
Sungguh..sungguh ya Rasulullah
Cinta, kasih, sayang dan rindu padamu.
Bergetar hati ini ya Rasulullah, izinkan aku untuk bertemu denganmu walau hanya sebentar dan sesaat mahupun sedetik cuma
Wassalamu'alaika

Ahad, 15 Mac 2015

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

BismillhiRRahmaaniRRahiim


Khas buat sahabat muslimah
Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.

Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.

Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.

Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.

Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.

Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.

Berbahagialah duhai muslimah
Biar kita menjadi "princess of jannah"