BismillahiRRahmaaniRRahiim
Hajat
1. Mengajar dan belajar daripada seseorang, Ikhtilat antara penyampai dan penerima Ilmu. Contohnya seperti antara student dan guru-guru di sekolah ataupun antara student dengan pensyarah di Universiti.
2. Urusan kerja. Ikhtilat antara rakan sepejabat, boss, majikan dan mana-mana manusia yang perlu kita berurusan atas alasan kerja.
3. Urusan mustahak. Seperti dalam group perbincangan persatuan ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh Ikhtilat.
4. dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal manusia yang normal.
Dharurat
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah, contohnya seperti ada manusia yang lemas di tengah lautan luas. Takkan la nak tengok orang lemas itu sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat. No no no. Dalam mana-mana keadaan darurat seperti itu, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya. Bolehlah Ikhtilat!
Conclusion: Ikhtilat dengan adanya Hajat & Dharurat. Boleh ajaa!
Maka dapatlah kita fahami bahawa:
Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.
Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.
Tiket Hajat.
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.
Tapi bukan bermakna boleh duduk rapat2... Dengan alasan sebab belajar. Berdiri pun rapat2 alasannya sebab ingin berbincang. ITU jelas salah. Cuba fahami konsep.
Kalau sudah dalam situasi tersebut cuba lari daripadanya.
Tak pun jauhkan sedikit jarak antara ajnabi.
Ingat! Ada Allah yg Maha Memerhati!!!
Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.
Bagaimana pula sekiranya interaction antara ajnabi itu seperti...
1. Borak kosong.
2. Mesej saja-saja. Tanya: dah makan belum? dah mandi belum?
3. Chatting tanya khabar. Tanya khabar kawan lama tak jumpa. Macam jejak kasih la ni
Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, jika tiada hajat dan darurat maka tidak boleh. Bagaimana pula dengan beberapa situasi ala-ala di atas itu? Hajat tiada, darurat apatah lagi!
Dan anda wahai muslimat tak perlu bila nak chat dgn muslimin . siap letak smiley:)
dan yang sama waktu dengannya.
Itu salah satu cabang ikhtilat.
Bukan sombong tapi sebab kita takut pada Allah.
Mesej-mesej, borak kosong dan apa-apa sahaja interaction ala-ala sebegitu actually something yang tiada matlamat. Takut tersalah niatnya.
Study the equation below:
Tiada matlamat = Lagha
Lagha = Makruh
Apa-apa benda yang tiada matlamat, maka itulah lagha. Hukum lagha ialah makruh. Andai anda melakukan perkara-perkara lagha tersebut, maka anda akan dijatuhkan hukuman atas Akta Ikhtilat(1) iaitu Makruh. Amboih ada akta-akta bagai! Sebenarnya kamu tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "makruh" yang sebenarnya?
Makruh bermaksud kamu tidak mendapat pahala dan juga dosa jika melakukan perkara tersebut. Perbuatan tersebut tidak mencapai taraf haram.
"Yeayy boleh nak berborak kosong, bergosip-gasap, berchat-chatting. Makruh je pung!"
Boleh tu boleh. Tak dapat dosa pung. Hukumnya makruh je pung. Buat apa nak kabut. Keep calm and relax tak payah sangat jaga Ikhtilat. Jom la kita berborak kosong, lagha-lagha dengan ajnabi berjemaah! Jom!
Namun harus juga difikirkan, makruh bermaksud perbuatan dibenci Allah. Nak ke buat benda dibenci Allah beb? Adakah kita nak cari kebencian Allah?
Kita hidup kat bumi Allah ni nak cari keredhaanNya. Mencari keredhaan Allah sebanyak boleh. Kita nak membina timbunan pahala dengan setinggi-tingginya. Apakah kamu nak Allah benci kamu? Err
Bagi saya tak perlulah ye. Jagalah Ikhtilat tu dengan sebaik-baik jagaan.
"Alaaa. Katanya makruh je, tak dapat pahala, tak dapat dosa. Saya nak jugak lagha-lagha borak kosong!"
Memang la makruh je. Namun harus kamu sedar bahawa terama-amat mudah untuk hukum makruh tadi menjadi haram!
Macam mana tu?
Makruh menjadi Haram apabila adanya Zina Hati.
Makruh + Zina Hati ---> Haram
Zina Hati. Zina hati itu macam mana?
Zina Hati
Equation mudah macam ni laa:Zina Hati = Ada Syahwat
Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seorang ajnabi.
Contohnya seperti:
1. membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan ajnabi bukan mahram hukumnya HARAM
2. membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks dengan ajnabi bukan mahram.
Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.
Cepat-cepat Istighfar apabila kita Zina Hati!
Aiwah. rasanya pasal Ikhtilat ni dah well-explained. 360 darjah kefahaman inshaaAllah. Kita buat revision deh? Maka dapatlah kita fahami bahawa:
Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.
Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.
Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.
Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.
Tiada Tiket Hajat & Dharurat
Bermaksud tiada hajat dalam pergaulan, tiada dharurat dalam pergaulan. Hukumnya Makruh
Makruh
Perkara yang dibenci oleh Allah!
Transformasi Makruh
Teramat-amat mudah berlakunya transformasi Makruh kepada Haram apabila adanya Zina Hati.
Zina Hati
Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram!
nnya itu dengan berkata:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan