Aku seorang niqabis di dalam rumah sewa kami. Aku ada seorang kawan perempuan yang sikapnya sangat liar. Hidupnya bagaikan orang yang tiada hala tuju. Kami menuntut di Kolej yang sama. Dan aku betul-betul tak sukakan perangainya. Dengan pakaian dia yang seksi dan tak menutup aurat buatkan aku betul-betul menjauhkan diri daripada dia.
Suatu hari, dia bawak balik lelaki ke rumah sewa. Aku pon dengan perasaan marah, aku tinggal ambil kunci kereta, aku keluar dari rumah sewa tersebut. Tak tertahan dengan perangai manusia macam ini. Lupa kepada Allah. Seronok sangat dengan kerja-kerja maksiat ni.
Suatu hari, dia jatuh sakit, aku dapat tahu yang dia mengidap kanser otak pada tahap yang berbahaya. Aku pun pergi lah melawat kerana kesiankan dia. Padahal aku memang tak rapat dengan dia. Namun, waktu aku melawat dia, aku tergamam sebab dia memberikan aku sepucuk surat. Dan dia berbisik kepada aku "Balik ni kau baca ya. Ikhlas aku tulis untuk kau".
Balik daripada melawat dia, aku terus masuk bilik dan buka surat itu. Kandungan surat itu membuatkan aku rasa akulah manusia paling bodoh dalam dunia ini 😭😭
Suratnya berbunyi :
" wahai sahabatku niqabis idaman kalbu lelaki beriman. Aku terpesona melihat kecantikan kau dalam berpakaian sebagau seorang muslimah. Aku sangat hormat kepada kau dan mahu jadi seperti kau.
Tapi aku sedih bila solat subuh, kau tak pernah kejut aku, kau tak pernah ajak aku untuk solat sama². Kenapa biarkan aku bergelumang dalam dosa. Aku tahu kau tak suka dengan aku. Aku ni ahli maksiat, sedangkan kau ahli ibadah. Aku nak dekat dengan kau, tapi kau asyik jauhkan diri daripada aku. Sehinggalah orang laib yang mengambil kesempatan kepada ku dengan membawa aku ke jalan maksiat.
Hina sangatkah aku? Tak layak kah untuk aku bertaubat. Aku perlukan kau untuk jadi teman aku dan bimbing aku ke syurga. Kenapa tak pernah terlintas dalam hati kau untuk tegur perbuatan aku walaupun sekali? Adakah kau nak masuk syurga sorang²? Aku tak salahkan kau. Aku malu nak bercakap dengan orang yang baik macam kau. Aku tahu aku tak layak. Tapi ikhlas aku katakan, aku perlukan kau untuk aku berubah.
Sekian,
Sahabatmu yang bodoh dan jahil ""
Selepas aku membaca surat itu. Barulah aku sedah yang bodoh selama ini ialah aku. Bukan dia. Aku pentingkan diri sendiri. Bagaiamana aku boleh gelar diriku islam sedangkan aku tak kisah pasal saudara sendiri.
"Ya Allah, ampunkanlah daku ya Allah, izinkan aku dan sahabat aku menuju redhamu Ya Allah".
Alhamdulillah aahabat aku diberi peluang untuk hidup dan berubah. Semenjak daripada peristiwa itu. Kami jadi kawan baik dan dia juga sudah mula berniqab. Barulah aku tahu, semua ini atas salah aku juga.
Nasihat aku kepada yang membaca:
Ingat, janganlah pentingkan diri. Kita bukan nak masuk syurga sorang². Allah ciptakan kita umat manusia yang perlu melengkapi antara satu sama lain.
Jangan sampai kita disoal di akhirat kelak oleh sahabat sendiri
"KENAPA KAU TAK TEGUR AKU" ?