🌹Adikku sayang,
Mengucap bait kata ,
"saya nak berniqab" begitu mudah. Semudah kau memetik jari.
Namun, istiqamah dalam berniqab itulah yang menjadi persoalan.
Ukhti kecilku,
Tak salah hendak berniqab, jika benar ingin berubah.
Kerna-Nya.
Cuma perbaikilah diri lebih baik dulu sebelum benar-benar ingin berniqab.
Jagalah aurat sebaiknya dulu.
Jadikan handsock dan stokin sahabat baikmu.
Mungkin itu kecil. Namun itulah yang menjagamu.
Dan kau harus tahu, kecil di mata manusia namun besar di mata Allah dik.
Adikku sayang,
Tudung yang kau singkat-singkatkan itu jangan dipandang sebelah mata. Kau kena ingat, perintah melabuhkan tudung itu perintah Tuhan.
Bukan ikut mahu dan tidakmu.
Dan adikku,
Sudah teguhkah ikhtilatmu?
Sudah berhijabkah pulak hatimu?
Sebelum memilih untuk menghijabkan wajahmu, hijabkan dulu hatimu.
Ukhti kecilku yang manis,
Bagaimana pula, kewajibanmu kepada kedua orang tuamu?
Sudah tertunaikah atau belum?
Dan akhirnya,
Adikku yang cantik secantik akhlaknya,
Solatmu bagaimana?
Sudah benarkah setiap rukunnya?
Walhal sudah benarkah cara duduknya?
Sejujurnya,
Akak bukan ingin menambah beban di mindamu.
Namun, akak mahukan adik² akak berniqab dengan ilmu dan kerna-Nya.
Bukan semata-mata kerna mahu.
Biar kelak,
Bila kau rasa ingin jatuh,. Kau tak mudah tersungkur.
Akak takpernah melarang jika benar ingin berniqab tapi ingatlah setiap tingkahmu kelak pasti ada yang memerhati.
Setiap kesalahan kecil pasti terlihat besar.
Maka, berniqab biarlah dengan ilmu bukan kerna mahu.
Bagaimana?
Cari tahu dalil berniqab dan kewajipan berniqab, sunnah dan wajibnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan