Sabtu, 22 Julai 2017

Ukhti kamu cantik sekali

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi cantik fizikal tak akan pernah abadi.
Saat ini para pesolek mampu berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya.
Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah mereput, rambutpun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia, tak akan ada lagi yang bisa dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat..

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan.. Sepatutnya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan, mengupload gambar atau mengikuti bermacam medium diguna untuk membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya.
Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki yang memandangi berhari-hari.. Tidakkah engkau malu ktika wajahmu dinikmati tanpa izin kerana engkau sendiri yang mempamerkan tanpa segan dan silu.. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah.. ?
Betapa sayangnya jika demikian, sedangkn ia sebahagian dari keimanan..

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang.. Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya?

Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji.. ?
Tak ada yang boleh menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tidak cantik di hadapan-Nya,
Kerana tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuanNya..

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Kecantikanmu itu harta berharga bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah.
Dimana nilainya jika setiap mata begitu mudah memandang cantiknya rupa, jika kecantikan telah disebar, disebar-sebarkan dengan ringan tanpa segan dan silu, jika setiap orang, tidak mengira ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah..

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan fizikal itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat..
Mari cantikkan diri dengan cahaya-Nya.
Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan.
Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia..

🌹 Ukhti, kamu cantik sekali

Mari tampilkan kecantikan di hadapan Sang Pencipta kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan mahrammu. 
Tampilkan kecantikanmu hanya di hadapan mereka yang berhak dan halal
Kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi Marhatillah ..

Mari tampilkan kecantikan, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi. ☺💚💕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan